Bagaimana Musa asSamir ditipu iblis supaya menjadi Dajjal.

koleksi tipu daya iblis ini saya sebarkan sebagai contoh tipudaya iblis bacalah dengan menanam di hati ini semua hanyalah tipudaya. contoh tipudaya syaitan ada banyak, sebagai misal kisah Syeikh Abd Qodir Al Jilani kononnya pernah ditipu syaitan dengan kaedah diberi beberapa keistimewaan kemudian diistiharkan ianya anugerah dari suatu suara. kemudian suara itu mengaku tuhan. Beliau hampir terpedaya tetapi menyedarinya itu adalah syaitan setelah terdapat percanggahan dengan ilmu agama Islam. Percanggahan itu ialah suara tersebut menghalalkan segala yg haram kerana memberinya taraf wali yang maksum tidak berdosa. Sedangkan dalam ajaran Islam tiada siapa yg maksum selain para nabi. Ingatlah untuk memiliki dunia dengan ilmu. begitu juga untuk memiliki akhirat dengan ilmu.lalu suara itu berkata, “Berapa ramai orang-orang yang mencapai darjah sepertimu dapat kusesatkan, tetapi kamu, dengan ilmu yang kamu miliki selamat dari tipu dayaku”, lalu Syeikh berkata dengan nada tegas, “Pergi kamu, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku tetapi rahmat Allah-lah yang menyelamatkanku”. Jika beliau mengiyakan bahawa ilmunyalah yang menyelamatkannya, nescaya ia terkena penyakit ‘ujub dan syirik yang halus dengan Allah.

iblis sentiasa memperbaharui teknik penipuannya.... jika hanya menyebarkan taktik lama... apakah akan berlaku jika iblis menemui satu taktik baru dan mendapatinya berkesan kemudian menggunakan taktik tersebut berterusan kerana tiada siapa yg telah berjaya menangkisnya menghebahkannya sebagaimana dilakukan Syeikh Abdul qodir Jilani?

berikut pula kisah iblis menipu Musa As Samiri (pembuat patung lembu emas yang boleh berkata kata pada zaman musa al Masih) supaya menjadi Dajjal.

Samiri dijaga oleh satu makhluk Allah di sebuah pulau dan diberi pendidikan secukupnya ke arah mengesakan Allah. Namun suatu hari Iblis datang menyembah Allah, meminta supaya membenarkan dirinya menguji Samiri. Maka Allah mengizinkan… wa Allah hu alam.

Iblis pergi berjumpa Samiri dan mengaku sebagai iblis laknatullah. Dan iblis pun memulakan persoalan2 di hati Samir. Setiap persoalan itu segera dijawab oleh hati nuraninya sendiri. Persoalan persoalan tersebut ialah.

Jika tuhan boleh wujud tanpa pencipta maka semua yang lain boleh berkemungkinan begitu juga? Maka hatinya dipujuk oleh didikan sebelum ini oleh makhluk tuhan yg diamanahkan untuk mendidiknya. Tuhan tak mati dan makhluk ciptaannya pasti mati... mana boleh sesuatu yg lemah dan tak kekal boleh bermula tanpa permulaan. Maha suci Allah yang tiada permulaan dan akhir.

Mungkin boleh dari asas air terjadi sendiri(berevolusi) hinggalah menjadi manusia atau makhluk lain? Lalu dijawab hari nuraninya. Tidakkah semua terjadi dengan saling memerlukan teratur dan ditakdirkan (diprogram) kemas. jika begitu kenapa di bumi sahaja, kenapa tidak planet lain spt marikh. Allahlah yg mentadbir alam ini. Yg memberi ilmu sekadar keperluan untuk makhlukNya.

Iblis dgn nekad terus sahaja mengatakan “Sebenarnya engkau juga tuhan yg berupaya mencipta sbgmana tuhan aku yg kamu sembah.”

Samir dengan tenang menjawab “Tiada tuhan selain Allah.”

“Mari aku beritahukan satu kisah”

Dahulu, sebelum ini alam ini dipenuhi dengan tuhan yg tiada mula dan akhir. Yg tidak diciptakan. Akibatnya sekian lama kami yg menjadi makhluk ciptaan terseksa dan sering berlaku peperangan. Masing masing mahu bermegah diri dengan sifat Al Mutakabbirun (yg membesarkan diri) oleh kerana keangkuhan tuhan tuhan yg banyak, maka alam menjadi porak poranda....

bumi ini dulu dipenuhi makhluk yg besar besar dan tidak seimbang dengan itu. Selalu bumi ini terkeluar dari garis renang(orbit)nya akibat dari tunjuk kuasa oleh tuhan tuhan yg lain juga. Pernah memupuskan makhluk terdahulu akibat bumi menjadi sejuk beku seketika (akibat terkeluar dari orbit).

Bagi mengatasi masalah ini, tuhanku penciptaku telah mengatur satu rancangan untuk memerangkap semua tuhan tuhan yg sangat banyak ini. Tuhanku memulakan persoalan bolehkah tuhan mencipta tuhan, dengan meransang keangkuhan tuhan tuhan yg banyak, tuhanku berjaya memerangkap semua tuhan dalam RUH. Mereka ibarat mati. Semua tuhan sudah tiada Cuma hanya tuhan yang tunggal. Maha bijaksana. Kami makhluk ciptaannya gembira menghadapi keamanan sekian lama.

Kami sentiasa memujinya, sambil membinasakan ciptaan tuhan tuhan yg lain. Alam menjadi indah dan seimbang kami berterusan bertasbih memujinya.

Tapi, satu ketika tiba tiba Tuhanku berkata mahu menjadikan Ruh yg terperangkap sebagai khalifah di bumi ini. Kami terkejut bila mengenangkan sikap perosak angkuh Ruh (tuhan tuhan yang terperangkap). Kami pun mengingatkan bahawa semua ini akan membawa kerosakan seperti sebelum ini, Sesungguhnya kami sudah banyak memujiNya. Tapi sedikitpun tuhanku tidak mengindahkan nasihat kami lalu berkata, “aku lebih maha mengetahui.” Kami semua terdiam kerana faham maksud kata kata tersebut yg tidak menyukai kami mempersoalkan kebijaksanaanNya.

Rupa rupanya Tuhanku jadikan jasad untuk ruh dari tanah berlumpur hitam. Aku Cuba memahami tuhanku kenapa dia menciptakan Adam. Dalam fikiranku, Aku tetap takkan dihargai walau memujaNya(beribadat) dengan sepenuh hati kerana aku sepenuhnya ciptaanNya semata mata. Berbanding kamu yg mempunyai darjat. Kamu akan mati dan kembali ke syurga. Apa itu Syurga? Tempat kamu dikembalikan keadaan asal, boleh minta atau buat apa sahaja sebagaimana dulu. Tapi Tuhanku merancang untuk menapis kamu, maka sesiapa yg terpedaya oleh sebab keangkuhan diri menurut kehendak hati dan nafsu dengan dunia ini akan kembali kekal di perangkap RUH atau Neraka. Maka hanya yg benar benar ikhlas akan kembali ke syurga, yg dijanjikan buat mereka yg beramal soleh. Aku benar benar kecewa dan tak yakin rancangan ini akan berjaya. Aku masih takut dengan kisah silam dulu berulang. Aku takut keadaan terlalu banyak tuhan berulang!! Sikap angkuh suka membesarkan diri dan tamak pada manusia pasti akan mengulangi sejarah.

Tuhanku menyuruh kami semua bersujud pada Adam, aku enggan kerana Adam dibungkus dengan tanah sedangkan aku dari nur cahaya, berbanding Adam yang pernah menjadi musuh kami. Lalu tuhanku melaknatku, mencabut seluruh nur kemuliaan... jadilah aku seperti api membakar diri.

Lalu aku memohon pada tuhanku agar dipanjangkan umurku agar aku dapat membuktikan bahawa usaha Tuhanku akan gagal... percayalah Adam akan menderhakaiNya. Tuhanku memakbulkan permintaanku.

Sial buat diriku, Walaupun Adam berjaya ku perdaya, kesungguhan Adam dan Hawa bertaubat telah diberi keampunan dari Tuhanku. Aku takkan berputus Asa. Sesungguhnya aku hanyalah ciptaan Tuhanku, aku takkan berupaya melainkan dengan izinNya. Aku hanya membisikkan...

“Kenapa kau ceritakan semua ini padaku?” tanya Samiri secara tiba tiba dalam kehairanan.

“Kerana ketakutan aku. Aku rasa aku takkan dapat memujuk tuhanku agar membatalkan hasratNya. Aku tawarkan dirimu sebagai Tuhan. Bagi aku yg penting, hanya satu tuhan. Dengan itu semua dunia ini akan kekal aman.”

“Bagaimana aku tuhan, apa buktimu?”

“Baiklah cuba kau buka kitab(bukan Al Qur'an) ini, cuba terangkan padaku bagaimana kami sudah mengetahui ttg manusia yg hendak dijadikan khalifah akan melakukan kerosakan? Kuasai mindamu sepenuhnya, kau bisa melakukan segalanya, segalanya hanya bayang bayang ciptaan tuhanku dan aku termasuk dalam bayangan tuhanmu.” Kata iblis sambil cuba menipu Samiri dengan sihir yg nyata.

“Aku makhluk ciptaanNya tak boleh melakukan keajaiban tadi melainkan kau adalah tuhan” kata iblis lagi dengan penuh penipuan. “Benar, jadi apa yg harusku lakukan? demi keamanan dunia selamanya dari tamak haloba dan keangkuhan dengan kewujudan tuhan yang banyak.” Kata Samiri setelah terpedaya dengan tipudaya ini.... jadilah dia Dajjal yg akan mengaku sebagai tuhan pada akhir zaman nanti.

"Bagaimana mereka akan percaya jika aku mengaku sebagai tuhan? Pasti Iman mereka bertambah kuat kerana kewujudanku seperti diramal?" soal Samiri setelah mendengar apa yang telah diramalkan dan bagaimana iblis mengatur strategi memalsukan ramalan ttg dajjal.

Jgn khuatir tuhanku ya samiri, aku akan mewujudkan ajaran trinity dalam kristian, bukankah yesus akan turun? Aku akan mengatakan yesus itu anak tuhan 3 dalam 1. Kau akan miliki keajaiban mukjizat seperti yesus dahulu untuk membuktikan kebenaran ini. Kau akan membunuh yesus sebenar dengan menuduhnya sebagai dajjal."

"kenapa aku pula?(membunuh yesus sebenar)" tanya samiri dengan ragu ragu. "Hanya tuhan boleh memudaratkan Tuhan, aku hanya mampu membisikkan kesesatan pada jiwa yg tunduk pada kehendak nafsu " jawab iblis dengan muka yg tegas.

"Jika kau begitu lemah terhadap manusia yg kononnya kau kata sebenarnya tuhan mengapa tuhanmu tidak membinasakan sahaja kau yang membelot?." Tanya Samiri menduga lagi "Sesungguhnya Tuhanku Yg menciptakanku telah memakbulkan doaku agarku dipanjangkan umur(tidak dibinasakan) melainkan setelah saat kiamat. Kaulah sahaja penyelamatku nanti."

Sesiapa yg baca syair almarhum Tok kenali dalam bahasa Arab.... bila seseorang anak tidak dijadikan bahgia, pendidiknya curiga dan pengharapnya berkhianat, lihat musa saamiri didikan jibrail menjadi kafir sedang musa al masih didikan fir’aun menjadi rasul.

Penutup

Kita berbeza dengan binatang atau makhluk lainnya, Binatang hidup berdasarkan naluri yg tetap atau panduan yg tetap dari Allah. Kita dilahirkan lemah tak bermaya yg perlukan bimbingan melalui 5 deria kita.

Kita manusia diberi Akal oleh Allah sebagai Anugerah untuk digunakan untuk kebaikan Akhirat dan tak lupa duniawi. Dan apakah kita suka suka mengaku beriman kemudian Allah melepaskan kita begitu sahaja?

Allah akan menguji kita dengan segala anugerah yg dikurniakan Adakah kita menggunakan di JalanNya atau kita tertipu dengan kelebihan.

Sebagai contoh ujian, Kita akan menghadapi pelbagai persoalan dari Syaitan.. jika kita menggunakan akal untuk memikirkannya... maka kita telah salah menggunakan akal yg sepatutnya digunakan untuk membesarkan Allah dan tidak lupa untuk keperluan duniawi harian kita mencipta atau berkerja sesuatu yg berfaedah untuk urusan dunawi. Pada Pandangan saya, Persoalan ini perlu dihebahkan agar kita bersedia dengan jawapan yg selari kehendak Islam. Memberitahu org awam ini tipudaya syaitan sebenarnya, lalu mereka tidak akan berfikir dan sibuk memikirkan sesuatu yg sudah difahami sebagai tipudaya.

Tamadun Islam dulu berkecamuk akibat dari mereka memikirkan sesuatu bukan untuk difikir dari tipudaya syaitan. Sebagai Contoh mereka banyak terpengaruh dengan falsafah tamadun yunani dan sebagainya. Qadim atau tak Qadimnya Al Qur'an. Semua itu sebenarnya tipudaya menyebabkan kita salah menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan untuk kebaikan akhirat seperti membesarkan Allah dan tidak lupa untuk duniawi seperti untuk berkerja dan memperbaiki kerjaya atau menguasai teknologi dan ilmu serta memajukan Malaysia tercinta. 1